Thursday, November 7, 2013

Kebiadapan Non-Muslim Terhadap Amalan Islam di Malaysia



Malaysia adalah bumi Islam, iaitu bumi yang didefinisikan sebagai Tanah Yang Pemiliknya Memeluk Islam (Al-Alardu man aslama alaiha Ahluha) yang mana istilah ini menjadi pebincangan ahli sains politik Islam seperti Imam Mazhab. أسلم أهلها عليها Bahkan dalam perbincangan kitab zakat ulama mesti menyentuh tentang hukum-hakam tanah ini. Mereka telah mengkategorikan sebagai tanah Usyuriyyah yang mana tanah yang diperuntukan untuk pembayaran zakat. Hizbut tahrir dalam karya ekonomi seperti sistem ekonomi Islam mengkategorikan sebagai tanah usyur dan boleh dilihat dalam kitab seperti sistek ekonomi Islam, Muqadimmah Dustur dan Juga Al-Amwal fi daulatil Khilafah dalam bab tanah. Undang-undang ini telah wujud 1400 tahun lepas sebelum, FMS Land Code 1926 diperkenalkan di Malaysia, begitu juga sebelum Robert Torrens lahir kedunia untuk memperkenalkan sistem pemilikan tanah di Australian kemudian menjadi anutan (adoption) di Negara Malaysia lagi. Bumi yang mana Islam pernah menjadi satu kuasa mentadbir urusan mereka ini jelas dalam Undang2 laut Melaka, yang mana banyak mencedok dari buku karangan Imam Nawawi ra. Mengikut al-Bajurimi seorang ulama (pakar sains politik Islam) bahawa sesuatu bumi Islam atau tanah Islam (Negeri orang Islam ini statusnya kekal sehingga hari Qiamat). Ulama bermazhab Syafie berhujah bahawa tanah-tanihnya adalah tanah Islam (Darul Islam), dan status Bumi Islam ini tidak akan berubah walaupun dijajah dan dikuasai oleh orang kafir. الإسلام يعلو ولا يعلى عليه (HR Daruqutni, dihasankan oleh Imam Nasaruddin Albani, Sahih Jami Shagir #2778) Mereka berhujah berasaskan hadis ini menunjukkan bahawa Islam akan kekal meskipun tanah tersebut dikuasai oleh Kaum Kuffar. Status tanah Islam ini adalah kekal sehingga hari Qiamat kerana mengikut pandangan mereka bahawa tanah ini adalah kekal statusnya. Keberadaan orang kafir ke atas Bumi Islam ini tidak menjejaskan bumi Islam ini, ini kerana Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Namun dalam perbincangan kerangka sebegini kita perlu fahami, kami ingin menganaloginya dalam satu bentuk yang jelas. Supaya pembaca budiman dapat memahami istilah ini dengan benar. Sebagai contoh Mekah adalah Tanah Suci itu adalah status yang diberikan oleh Pencipta Alam ini, namun kesyirikan dan berhala sebanyak 360 ‘mencemari’ tanah suci ini, tetapi status kesuciannya tidak tercemar dan berubah, namun amalan syirik ini perlu dibendung. Mutakhir ini umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan berbagai isu yang dibangkitkan oleh Non-Muslim salah satu lagi kebiadapan mereka. 1) Menolak perlaksanaan Hukum Hudud 2) Menolak pembentukan Negara Islam dan menekankan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular. 3) Mencabar larangan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible. 4) Mencabar usaha melakukan korban dilakukan oleh pihak sekolah. Tindakan mereka lakukan hatta telah mencemari apa yang dikatakan perlembagaan, yang mana penganut agama lain tidak boleh mencampuri urusan agama Islam. Sebagai contoh hudud yang disarankan oleh gerakan Islam di Malaysia hanya terbatas kepada jenayah syariah yang dilakukan oleh Orang Islam sahaja, namun mereka menghalang perlaksaanaan ini, Bahkan memberikan komen-komen mengalahkan orang Islam yang sekular. Sedangkan yang diperjuangkan adalah dalam lingkungan orang Islam sahaja. Kebiadapan mereka demi kebiadapan, bahkan kerana takutkan pengurangan undi ada gerakan Islam sendiri berkompromi, memandang isu ini dengan sebelah mata sahaja. Inilah yang terjadi di Malaysia, sekarang ada seorang Hindu mempertikaikan ibadah korban yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan, dan mencabar untuk penyembelihan babi di sekolah. Mereka lupa bahawa banyak proses memakan babi dsbnya tidak dihalang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan memakan benda yang haram, beberapa pesta agama di SRJC dan pesta berkaitan dengan agama Hindu tidak langsung di sentuh oleh Umat Islam di Malaysia. Namun aktiviti ini mula dipersoalkan mutakhir ini, seolah2 mereka lupa bahawa Malaysia ini asalnya Bumi Kaum Muslimin, ada beberapa pesta agama Hindu berarak di Jalan Sekitar Sentul tidak penah dipersoalkan oleh Umat Islam yang ramai menetap di situ, begitu juga Cap Goh Meng, penuh dengan mercun menghalau hantu diadakan di Jalan 3/48A dicelah bangunan Menara Orkid, yang mana majoriti penghuni apartmen ini adalah beragama Islam. Tidak kedengaran suara-suara sumbang dari kaum Muslimin protes di dada akhbar atau youtube. Banyak Toleransi yang dilakukan oleh kaum Muslimin bahkan melebihi sempadan yang dibenarkan oleh Islam sendiri. Namun dalam kes ini pihak non-Muslim nampaknya telah mula menunjukkan taringnya. Sudah masanya kita sebagai umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia umumnya melihat bagaimana kaum non-Muslim ini tidak menghormati umat Islam, tetapi mereka mengharapkan umat Islam menghormati mereka. Umat Islam setempat perlulah bersatu hati, pemerintahan umat Islam perlulah menerapkan hukum-hakam zimmi ke atas mereka. Mereka di layan seadil-adilnya namun kebiadapan mereka ke atas Umat Islam perlu dinilai, kontrak zimmi mereka perlu dihentikan dan mereka tidak lagi menjadi warga Negara daulah. Negara perlulah melaksanakan Islam secara menyeluruh dan Islam memberikan keadilan dalam amalan agama mereka dan juga system muamalah Islam. Setelah itu… Kalau mereka ingin merasakan kehidupan Negara Kufur dan kebebasan mereka maka mereka bolehlah balik ke negara2 mereka. Carilah bumi yang dapat menghidupkan ajaran mereka anuti bukannya mengacau amalan Islam di Bumi Kaum Muslimin. Hatta ditempat kami mengajar anak-anak kami yang berstatus Sekolah Kebangsaan. Umat Islam bukannya sengaja menyembelih lembu depan kuil kamu. لَکُمۡ دِیۡنُکُمۡ وَلِیَ دِیۡنِ
Team Analisis Syabab Ipoh

Wednesday, June 5, 2013

Perkahwinan Rasulullah dengan Siti Aishah – apa masalahnya?




Hadis dari Aisyah ra,

“Bahawa Nabi (saw) telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi (saw) selama 9 tahun” [HR Bukhari].

Dalam riwayat lain disebutkan,

“Nabi (saw)menikahi Aisyah ra ketika Aisyah berumur 7 tahun dan Nabi (saw) berumah tangga dengan Aisyah ketika Aisyah umurnya 9 tahun” [HR Muslim].

Apabila seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan, mencapai umur baligh, maka ianya sudah menjadi orang dewasa, dan bukan lagi kanak-kanak. Oleh itu tidak ada istilah “perkahwinan kanak-kanak”, ataupun “perkahwinan kanak-kanak” adalah tidak relevan. Ini kerana Islam memandang bahawa apabila seseorang telah baligh, tidak kira umur 7 atau 8 tahun, maka ia telah menjadi orang dewasa. Maka orang yang berkahwin adalah orang dewasa. Ini berbeza dengan pandangan Barat yang memandang bahawa seseorang telah menjadi dewasa apabila mencapai umur 18 tahun, walaupun telah baligh beberapa tahun sebelum itu. Perkahwinan Siti Aishah dengan Rasulullah (saw) telah diselewengkan oleh musuh-musuh Islam,khususnya sarjana Barat, untuk menyerang keperibadian Rasulullah (saw), tanpa melihat kepada Hadis-Hadis dan ayat al-Quran yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah. Dan juga serangan tersebut ditujukan tanpa melihat kepada realiti dan keadaan yang terdapat di masyarakat masing-masing pada zaman ini. Siti Aishah sebagai isteri Rasulullah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah, dan melapurkan banyak hadis tentang kehidupan Rasulullah. Di antara hadis yang dilapurkan oleh Siti Aishah adalah:

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah (saw). Aisyah menjawab, "Akhlak Nabi (saw) adalah Al-Quran." (HR Muslim).

Yang bermaksud bahawa Aishah adalah merujuk kepada ayat Quran yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah (saw):

“Sesungguh engkau (Muhammad) memiliki budi pekerti yang agung! [TMQ Quran, al-Qalam[68]: 4]

Disebabkan Siti Aishah adalah orang yang terdekat dengan Rasulullah, maka Siti Aishah juga dikenali sebagai Ummul Mukminiin, dan merupakan ulama wanita yang pertama di dalam Islam.

Umur baligh
Di dalam sejarah Islam, terdapat ramai individu yang melakukan perkara-perkata yang luarbiasa apabila mencapai umur baligh, yang pada umumnya tidak terdapat pada zaman ini. Contohnya Imam Shafie, yang menjadi Qadhi mahkamah apabila umur beliau 8 tahun sahaja. Tetapi sebaliknya orang-orang yang mempersoalkan umur Siti Aishah apabila beliau berkahwin dengan Rasulullah, langsung tidak mempersoalkan Imam Shafie yang menjadi Qadhi pada umur 8 tahun! Juga Muhammad al-Fatih yang membuka kota Istanbul pada 1453, menjadi ketua angkatan tentera apabila umurnya hanya 12 tahun. Juga Thaqiq bin Ziyad dan Muhammad bin Qasim yang membuka wilayah Sepanyol dan Sindh kepada Islam juga berumur belasan tahun.

Masalah kehamilan luar nikah remaja belasan tahun di negara Barat
Lapuran mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan Britain mempunyai wanita remaja belasan tahun yang hamil luar nikah dan melahirkan anak luar nikah, dan jumlahnya bertambah setiap tahun. Maka ini tidak termasuk jumlah wanita remaja belasan tahun yang hamil luar nikah dan menggugurkan kandungan mereka. Remaja wanita hamil luar nikah, seramai 52 daripada setiap 1000 berumur di antara 15 dan 19 di AS, menurut suatu lapuran yang dikeluarkan oleh UNICEF Innocenti Research Centre di Itali. Lapuran dari Office for National Statistics pada 2007, menunjukkan bahawa terdapat kemahilan luar nikah remaja wanita sebanyak 41.9 daripada 1000, dari julat umur 15-17, iaitu naik sebanyak 40.9 berbanding tahun sebelumnya, menurut suatu lapuran dari BBC  [2]. Dan lapuran dari suratkhabar Guardian pada 26 Februari 2009 mengatakan bahawa kerajaan Britain membelanjakan 20 juta pound untuk menyelesaikan masalah remaja wanita hamil luar nikah [3]. Dilapurkan juga bahawa seramai 8,196 wanita di bawah umur 16 tahun hamil luar nikah pada tahun 2007. Lapuran itu juga menimbulkan kegusaran tentang seorang pemuda 13 tahun yang menjadi ayah termuda apabila teman wanitanya yang berumur 16 tahun hamil luar nikah pada tahun 2007. Dan di Malaysia sendiri, sudah terdapat sekolah khas untuk pelajar yang hamil luar nikah di Melaka yang di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), menurut lapuran daripada Berita Harian pada 3 Ogos 2010 [4]. Maka musuh-musuh Islam yang sendiri menyerang dan memburukkan perkahwinan Siti Aishah dengan Rasulullah sendirinya tidak mempunyai apa-apa penyelesaian tentang masalah ngeri dan kronik yang melanda negara mereka sendiri. Tetapi sebaliknya menyeleweng dan membohongi peraturan-peraturan dan sistem kehidupan Islam yan jelas dapat menyelesaikan masalah di dalam masyarakat.

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka (pembohongan dan penyelewengan melalui media cetak, internet dll), sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ: at-Taubah 9:32]

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan di kalahkan. Dan dalam neraka Jahannam, orang-orang kafir itu dikumpulkan. [TMQ: al-Anfal 8:36]

Rujukan:
[1] http//www.mykhilafah.com, SN212 – Kahwin bawah umur: Apa masalahnya?

[2] http://news.bbc.co.uk/go/pr/fr/-/2/hi/health/7911684.stm




Thursday, May 30, 2013

Pembunuhan askar British di Woolwich




Seorang bekas askar British yang dikatakan pernah bertugas di Afghanistan telah dibunuh dengan menggunakan senjata tajam oleh seorang berbangsa Afrika yang dikatakan beragama Islam dengan videonya disiarkan di internet [1]. Ahli-ahli politik Britain cepat menyatakan perisitwa tersebut sebagai keganasan. Sehinggakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhyono, cepat menghantarkan perutusan takziah kepada Perdana Menteri British David Cameron ke atas peristiwa tersebut.

Ada beberapa fakta yang perlu diperhatikan oleh umat Islam keseluruhannya:

a). Media massa adalah bersifat Islamophobia, atau mencetuskan ketakutan dan kebencian terhadap Islam dan umat Islam. Apabila askar veteran British dibunuh, maka segala macam serangan ditujukan kepada umat Islam dan Islam oleh musuh musuh Islam, dan pelakunya yang dikatakan seorang muslim adalah pengganas. Tetapi apabila Andreas Brevik yang bukan merupakan orang Islam, yang membunuh secara rambang lebih daripada 70 orang awam di Norway pada tahun 2011, tidak dicap sebagai pengganas. Di sini label pengganas adalah ditujukan kepada orang Islam yang melakukan pembunuhan dan segala macam jenayah yang lain. Apabila seorang muslim bernama Muhammed Saleem Chaudhry, berumur 75 tahun, dibunuh dengan serangan senjata tajam di Birmingham di Britain beberapa bulan lepas, peristiwa tersebut tidak dilabel sebagai keganasan dan pelakunya tidak dilabel sebagai pengganas [2].

b). Umat Islam selalu dipaksa untuk meminta maaf (apologetic) dan bersifat defensif di dalam peristiwa seumpama ini. Musuh-musuh Islam mahukan umat Islam mengambil posisi yang demikian apabila terdapat peristiwa seperti ini. Seolah-olah polisi luar Britain tidak ada kena-mengena dengan peristiwa tersebut. Britain adalah suatu negara imperialis pada masa lepas dan juga sekarang. Askar-askar British melakukan pembunuhan massa (genocide) dan jenayah perang terhadap umat Islam di Irak dan juga di Afghanistan sejak perang dan pencerobohan di kedua-dua negara pada tahun-tahun 2003 dan 2001. Beratus-ratus dan beribu-ribu umat Islam dibunuh oleh askar British semasa penjajahan di Irak dan juga di Afghanistan. Semasa zaman kolonial British, askar-askar British bertanggungjawab di dalam pembunuhan massa (genocide) masyarakat Cina di Batang Kali di Selangor pada tahun 1948, yang dituduh berpihak kepada pengganas komunis semasa pemberontakan komunis di Tanah Melayu sebelum merdeka. Britain adalah sebuah negara yang memainkan peranan penting di dalam kemusnahan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, dan penubuhan entiti haram Yahudi (Israel) di Palestin pada 1948. Britain masih lagi menjajah Ireland Utara dan melakukan pembunuhan rambang terhadap penduduk mazhab Katolik di Ireland Utara di dalam peristiwa Sunday Bloody Sunday pada tahun 1972. Sebagai tindakbalas terhadap penjajahan British ke atas Ireland Utara, pertubuhan ketenteraan Irish Republican Army (IRA) ditubuhkan untuk menamatkan penjajahan British dan memberikan kemerdekaan untuk Ireland Utara daripada penjajahan British. Tentera IRA dicap sebagai pertubuhan pangganas oleh kerajaan Britain. Penduduk Ireland Utara dan IRA adalah kebanyakannya bermazhab Roman Katolik, tetapi mereka tidak dicapkan sebagai pengganas Katolik (Catholic terrorists), tetapi apabila terdapat orang Islam yang melakukan jenayah, maka umat Islam dicapkan sebagai pengganas muslim (muslim terrorists). Jadi siapakah yang akan meminta maaf (apologetic) ke atas kesemua jenayah perang oleh askar British di dalam penjajahan dan pembunuhan massa (genocide) oleh tentera British di Irak, Afghanistan, Ireland Utara dan juga di Tanah Melayu?

Seorang bekas askar veteran di Afghanistan iaitu Joe Glenton, yang menulis di dalam akhbar British iaitu Guardian yang bertajuk “Woolwich attack: of course British foreign policy had a role", yang menyalahkan polisi luar negara Britain keatas peristiwa pembunuhan tersebut [3].  Beliau mengatakan bahawa: “Tidak ada apa-apa yang boleh menjustifikasikan pembunuhan seorang bekas askar Britain di Woolwich, bukanlah payah untuk memberikan penjelasan terhadap sebab-sebab pembunuhan tersebut…ianya menjadi jelas bahawa dengan menyerang umat Islam di luar negara, adalah sebenarnya menyebarkan kebencian (terhadap kita) di dalam negara. Kita mesti sedar bahawa kerajaan British terlibat dengan Amerika Syarikat di dalam penjajahan di Timur Tengah, kita sepatutnya berterimakasih bahawa peristiwa pembunuhan ini adalah jauh lebih kecil daripada yang sepatutnya.

c). Kita mesti memberikan kesedaran kepada umat Islam dan bukan Islam bahawa Islam bukanlah musuh kepada masyarakat Britain amnya. Beribu-ribu rakyat Britain memeluk Islam setiap tahun dan angka tersebut bertambah setiap tahun. Musuh kepada masyarakat British adalah ahli politik British yang telah dipilih sendiri oleh masyarakat Britain melalui sistem pilihanraya demokrasi yang merangka polisi luar negara Britain yang menjajah dan membunuh beribu-ribu umat Islam dan bukan Islam di negara umat Islam seperti Irak dan Afghanistan, dan juga di Ireland Utara. Britain sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU) turut mengalami krisis ekonomi, yang menyaksikan beban kehidupan rakyat seperti pengangguran, kos kehidupan meningkat setiap tahun, tetapi sebaliknya kerajaan Britain mampu membelanjakan berjuta-juta pound setiap tahun di dalam meneruskan penjajahan mereka di tanah umat Islam, tanpa mengira kesan tersebut terhadap kehidupan masyarakat sendiri di dalam negara sendiri. Umat Islam tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa selagi mereka beramal maaruf dan menghalang kemungkaran dengan berdakwah kepada yang Haqq dan menghalang kebathilan, kerana sesungguhnya Haqq tersebut akan memusnahkan segala kebathilan. Pihak yang memperjuangkan kebathilan sama ada mereka sedar atau tidak, adalah pihak yang sepatutnya meminta maaf ke atas perjuangan sesat mereka itu.

“Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang Haqq menentang yang Bathil, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia.” [Tafsiran makna Quran oleh Tafsir Rahman, al-Anbiyaa, ayat 18]

Wa Allahu A’lam.

Rujukan (diakses 24 May 2013):



Rejim Assad boneka Israel





Lapuran daripada Foreign Affairs menyebutkan bahawa rejim Israel tidak mahukan Bashar al-Assad daripada dijatuhkan oleh pemberontak yang sedang berperang menentang kerajaan tersebut [1]. Malah seorang pegawai tertinggi agen perisikan Mossad dari Israel menyatakan bahawa Assad merupakan orang terbaik untuk Israel, sebagai pemerintah di Syria [2], disebabkan rejim Assad tidak pernah menyerang dan membahayakan kewujudan Israel di rantau Timur Tengah selama lebih daripada 40 tahun. Ada beberapa perkara yang boleh disimpulkan dari dua lapuran tersebut:

1). Pertarungan diantara pemberontak menentang rejim Assad bukanlah pertarungan diantara puak Sunni (pemberontak) menentang Syiah (rejim Assad) di Asia Barat. Ini membuktikan peperangan tersebut adalah terdiri daripada agen Barat dan agen Israel iaitu rejim Bashar al-Assad di satu pihak yang mahu mengekalkan status quo di Syria, iaitu terus menjadikan Syria diperintah oleh kerajaan yang dapat melindungi Israel. Semasa bukit Golan jatuh dikuasai oleh Israel di dalam peperangan Teluk tahun 1960an, rejim Syria tidak pernah menyerang Israel untuk mendapatkan balik bukit Golan. Inikan pula rejim menyerang penduduk awam dan pemberontak dengan segala macam persenjataan termasuklah senjata kimia, peluru Scud dan pesawat pengebom. Dan Bashar al-Assad banyak dibantu oleh negara musuh Islam seperti Rusia untuk mengekalkan kekuasaanya di Syria. Di satu pihak pula terdiri daripada pemberontak yang kebanyakannya mahu mendirikan semula Daulah Islamiyyah. Maka pertarungan di Syria adalah pertarungan di antara Islam melawan kufur, dan bukan pertarungan di antara Sunni dan Syiah. Ianya sama juga dengan peperangan Irak-Iran yang berlangsung selama 8 tahun dari 1980-1988, bukan merupakan peperangan diantara Sunni menentang Syiah, sebab di Irak juga terdiri daripada sebahagian besarnya penduduk Syiah. Perang tersebut adalah peperangan diantara pemimpin boneka Barat iaitu rejim Saddam Hussein menentang sebuah negara (Iran) yang telah menjatuhkan boneka Barat yang lain iaitu Shah Mohammad Reza Pahlavi. Sekiranya pandangan mengatakan bahawa peperangan Irak-Iran yang berlangsung selama 8 tahun dari 1980-1988 adalah perang di antara Sunni dan Syiah, maka pada pandangan Sunni, Saddam Hussein adalah pemimpin yang baik kerana berjuang menentang Syiah Iran. Padahal Saddam adalah agen dan boneka Barat yang telah memenjarakan, menyiksa dan membunuh ramai orang termasuk golongan ulama dari golongan Sunni juga, yang mahu mendirikan semula Daulah Islamiyyah.

2). Sokongan yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS), negara anggota NATO dan Turki terhadap pemberontak adalah bertujuan supaya pemberontak mendirikan negara demokrasi untuk menggantikan rejim Bashar Assad apabila rejim tersebut tumbang. Telah diadakan beberapa bentuk pakatan seperti Syrian National Council dan Council of Syrian Revolutionaries yang dikatakan mewakili penduduk Syria, tetapi ditolak oleh para pemberontak Syria dan penduduk Syria secara umumnya. Oleh itu Barat tidak melakukan campurtangan ketenteraan secara terang-terangan di Syria sebagaimana di Libya, kerana khuathir bahawa pemberontak akan menang dengan mudah dan mendirikan semula Daulah Islamiyyah. Keadaan ini berbeza dari keadaan di Libya di mana NATO melakukan pengeboman terhadap kedudukan Gaddafi untuk memudahkan para pemberontak menumbangkan rejim Gaddafi, sebab Barat mengetahui bahawa agenda pemberontak adalah mahu menumbangkan rejim Gaddafi dan membentuk sebuah kerajaan demokratik dan bukan mendirikan semula Daulah Islamiyyah.

3). Campurtangan Hizbollah ke dalam peperangan di Syria adalah disebabkan oleh rejim Assad telah banyak membantu gerakan Hizbollah Lebanon secara persenjataan menentang Israel. Hizbollah pernah berperang mengalahkan Israel di dalam perang selama 33 hari pada tahun 2006, dan Hizbollah adalah musuh utama kepada Israel selain daripada Hamas. Maka bagaimanakah reaksi Hizbollah sekiranya mereka mengetahui bahawa Bashar al-Assad adalah sekutu kuat Israel, dan para pemberontak yang mahu menumbangkan rejim Assad adalah juga mahu memusnahkan Israel? Di sini tidak mencukupi untuk umat Islam untuk mengangkat senjata dan hanya berperang, tanpa mengetahui latar-belakang puak pemberontak dan rejim Bashar al-Assad. Sekiranya Hizbollah mempunyai cita-cita mahu memusnahkan Israel dari peta dunia, kenapa mereka tidak membiarkan rejim Assad tumpas, dan didirikan Daulah Islamiyyah di Syria, supaya Hizbollah boleh bergabung dengan gerakan mujahideen lain di Syria dan selepas itu boleh bergerak untuk memerangi Israel. Inilah akibatnya kedangkalan pemikiran politik dikalangan umat Islam sekarang, sehinggakan mereka senang dipergunakan oleh rejim Assad untuk menyelamatkan rejim tersebut dan juga Israel. Maka ini juga menunjukkan bahawa umat Islam memerlukan sebuah Daulah Islamiyyah di mana jihad berperang menentang penjajahan musuh ke atas tanah umat Islam bukan hanya dilakukan oleh ketenteraan, tetapi juga terdapat Jabatan khas yang akan mengkaji secara mendalam tentang politik luar negara tentang gerakan-gerakan yang manakah yang boleh disokong dan tidak ditolong di dalam sesuatu konflik. Kesemua negara-negara lain yang berpengaruh seperti AS, Rusia, Britain, Israel, Turki dan Iran di rantau tersebut masing-masing mempunyai Jabatan khas yang mengkaji politik dan hubungan luar negara sebelum melakukan sesuatu tindakan ketenteraan.

Wa Allahu A’lam,

Rujukan:
[1] http://www.foreignaffairs.com/articles/139373/efraim-halevy/israels-man-in-damascus/