Saturday, September 22, 2012

Hipokrisi kebebasan bersuara Peranchis




Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam. Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu. Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims. Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain. Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api [1].

Maurice Sinet adalah seorang bekas kartunis di majalah Charlie Hebdo yang menyiarkan artikel dan kartun yang menghina perkahwinan Jean Sarkozy, iaitu anak lelaki kepada Nicholas Sarkozy kepada seorang wanita Yahudi iaitu Jessica Sebaoun-Darty. Beliau diugut oleh majalah Charlie Hebdo untuk meminta maaf terhadap penulisan dan kartunis yang menghina tersebut, tetapi beliau berkeras dan tidak mahu meminta maaf. Akhirnya beliau dipecat oleh majalah Charlie Hebdo daripada jawatannya. Beliau juga mengatakan mendapat ancaman bunuh oleh pergerakan Yahudi yang bernama Jewish Defence League [2]. 

Pada bulan Januari tahun ini, Peranchis meluluskan undang-undang untuk menghukum mana-mana pihak yang menafikan pembunuhan rakyat Armenia oleh negara sekular Turki semasa tamat Perang Dunia Pertama, iaitu pada tahun 1915-1916. Sesiapa yang didapati bersalah menafikan pembunuhan beramai-ramai tersebut akan dikenakan denda sebanyak Euro 45,000 dan setahun penjara [3].

Roger Garaudy (17 July 1913 – 13 June 2012) adalah seorang ahli falsafah Peranchis yang memeluk Islam. Beliau menulis sebuah buku yang bertajuk (dalam bahasa Peranchis) Les Mythes fondateurs de la politique israelienne, yang kemudiannya dialih-bahasakan kepada The Founding Myths of Modern Israel yang menafikan peristiwa pembunuhan seramai 6 juta kaum Yahudi semasa Perang Dunai Kedua yang dikenali sebagai Holocaust. Buku beliau telah diharamkan penerbitannya oleh mahkamah di Peranchis. Bermula pada 27 February 1998, beliau juga telah dikenakan denda sebanyak 240,000 Francs dan dipenjarakan selama beberapa tahun [4].

Untuk meredakan kemarahan keluarga diraja Britain, sebuah majalah bernama Closer diarahkan untuk menghentikan penerbitan gambar-gambar separuh bogel isteri Putera Britain Williams iaitu Catherine. Mahkamah tersebut mengharamkan gambar-gambar separuh bogel pasangan beraja Britain. Mahkamah tersebut juga memberikan injunksi kepada majalah tersebut untuk menyerakan kesemua file gambar-gambar tak senonoh tersebut kepada wakil kepada pasangan beraja Britain dalam masa 24 jam atau dikenakan denda sebanyak Euro 10,000 untuk setiap hari penundaan [5]. Jelas di sini bahawa mahkamah tersebut sanggup menjaga hati keluarga diraja Britain tetapi sengaja membiarkan penerbitan semula karikatur penghinaan terhadap Rasulullah (SAW).

Maka bukti-bukti tersebut menunjukkan bahawa kebebasan bersuara di Peranchis hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Mereka ini diberikan lesen untuk menghina dan menghasut orang lain untuk turut membenci dan menghina golongan yang ditutup mulut mereka dengan perlaksanaan undang-undang yang berat sebelah. Slogan kebangsaan Peranchis seperti Liberté, égalité, fraternité (Kebebasan, Kesamaan, Persaudaraan) hanyalah suatu penipuan besar Peranchis kepada seluruh dunia, walhal negara ini merupakan negara penjajah yang menjajah dan merompak kekayaan negara-negara di benua Afrika, Asia Timur dan Timur Tengah. Oleh itu umat Islam janganlah tertipu dengan idea-idea demokrasi liberal yang dikembangkan oleh negara ini.



Rujukan (akses pada 20 Sep 2012):
  1. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
  2. http://www.newcivilisation.com/home/international-affairs/french-cartoons-baiting-muslims-and-islam-as-a-fundamental-principle-of-the-republic
  3. http://www.france24.com/en/20120123-french-senate-passes-bill-outlawing-genocide-denial-armenia-turkey
  4. http://www.memri.org/report/en/0/0/0/0/0/0/6490.htm
  5. http://my.news.yahoo.com/french-court-orders-magazine-hand-over-topless-kate-104053776.html


Hipokrisi kebebasan bersuara

Hipokrisi kebebasan bersuara



Sebuah kumpulan berhaluan kanan Jerman berhasrat menayangkan filem anti-Islam Innocence of Muslims yang mencetuskan rusuhan di seluruh dunia di sini, kata satu laporan semalam.
Bagaimanapun, tiada tarikh dan lokasi yang tepat dimaklumkan bagi penayangan filem itu.

"Bagi kami, ia merupakan satu jenis kesenian dan kebebasan bersuara,'' kata ketua kumpulan Pro Deutschland, Manfred Rouhs kepada majalah berita mingguan, Der Spiegel dalam edisi yang dikeluarkan hari ini.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Hans-Peter Friedrich memberitahu Der Spiegel bahawa beliau akan menggunakan kuasa undang-undang yang ada pada bagi menghalang kumpulan itu.
"Kumpulan dan organisasi ini hanya mahu membangkitkan kemarahan masyarakat Islam Jerman,'' katanya sambil menuduh Pro Deutschland 'sengaja mencurah minyak ke dalam api' [1].

Di sebalik itu, kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton yang mendakwa negaranya tidak berupaya bertindak terhadap pihak yang mencetuskan keganasan anti-Islam atas alasan kebebasan bersuara tidak boleh diterima umat Islam di seluruh dunia.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembikinan filem Innocence of Muslims itu bukan lagi tertakluk dalam konteks kebebasan bersuara tetapi telah menyalahgunakan kebebasan tersebut untuk menghasilkan filem bertujuan menghina agama Islam.

"Kebebasan bersuara ada hadnya dan bukannya bermaksud kita boleh sesuka hati menghina, memperlekeh dan membuat fitnah terhadap orang lain. Apatah lagi ia menghina ketokohan Nabi Muhammad SAW dan Islam.

"Kebebasan bersuara sepatutnya digunakan untuk melahirkan pandangan dan pendapat untuk kebaikan dan bukannya memperlekehkan agama dan bangsa lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini semalam [2].

Inilah kebebasan bagi Amerika Syarikat (AS). Malah kebebasan itu dilindungi. Katalah apa sahaja, burukkan mana-mana negara atau hina agama sesiapa pun.

Kebebasan untuk 'menghina, mengutuk, mengeji' itu dilindungi dalam Perlembagaan dan undang-undang negara AS, kata Setiausaha Negara, Hillary Clinton.

Kata-kata Clinton itu seolah-olah memberi imuniti kepada Nakoula Besseley Nakoula untuk menerbit filem Innocence of Muslims yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W sehingga mencetuskan bantahan anti-Amerika di dunia Islam.

''Saya tahu adalah sukar bagi sesetengah orang untuk memahami kenapa AS tidak boleh menyekat video itu.

''Namun jika kami mampu melakukannya, kami juga tidak boleh berbuat demikian kerana kebebasan bersuara termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang AS,'' jelas Clinton [3].

Democracy ciptaan Barat yang terdiri sejak beratus-ratus tahun sebelum Islam diwahyukan kepada Rasulullah (SAW) sememangnya menunjukkan kebebasan bersuara yang dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Golongan tersebut yang memiliki segala kelebihan dari segi media dan kewangan adalah bebas untuk memaki-hamun, menghasut, menyerang dan turut menghasut orang lain untuk membenci dan menyerang sesiapa yang mereka lihat sebagai musuh.  

Berikut adalah bukti-bukti tentang hipokrasi berkenaan kebebasan bersuara yang ada di Barat:
  1. Peristiwa Holocaust.
Perisitwa Holocaust adlaah peristiwa di mana dikatakan pembunuhan seramai 6 juta kaum Yahudi telah dilakukan oleh Nazi Jerman pada Perang Dunia 2 di Eropah. Menafikan peristiwa Holocaust adalah salah di sisi undang-undang di banyak negara seperti di antaranya adalah Austria, Belgium, Czech Republic, France, Germany, Israel, Lithuania, Poland, Romania, Slovakia dan Switzerland. Bukan tujuan kami untuk membuktikan bahawa peristiwa ini tidak pernah berlaku. Tetapi hakikatnya adalah beberapa orang yang mempersoalkan peristiwa tersebut telah dikenakan hukuman berat. Di antaranya adalah David Irving, seorang ahil sejarah yang dimasukkan ke dalam penjara di Austria selama 3 tahun sebab mempersoalkan peristiwa tersebut [4].

Richard Williamson, seorang paderi dari Britain dikenakan denda sebanyak Euro 12,000 keatas kesalahan di sebuah siaran TV di Sweden yang mengatakan bahawa tidak lebih dari 300,000 orang Yahudi telah mati di dalam kem-kem tahanan Nazi semasa Perang Dunia 2 [5].

Ernst Zundel, seorang aktivis berhaluan kanan berbangsa Jerman tetapi menetap di Canada, telah dipenjarakan selama 5 tahun di Jerman, setelah pihak mahkamah di Jerman mendapati beliau bersalah kerana menafikan peristiwa Holocaust. Media penerbitan Zundel iaitu Samisdat Publishers bertanggungjawab ke atas penerbitan buku yang bertajuk “Did six million really die?” oleh pengarang Richard Harwood yang mempersoalkan adakah benar bahawa seramai 6 juta orang Yahudi dibunuh semasa Perang Dunia 2 [6].

  1. Kritikan dan membongkarkan kejahatan Israel – Helen Thomas dan Irvine 11.
Duta Israel iaitu Michael Oren membuat lawatan rasmi ke Amerika Syarikat dan beliau telah sempat memberikan ucapan di Universiti of California di Irvine pada bulan Februari 2010, di mana ucapan beliau telah diganggu oleh seramai 11 orang penuntut muslim yang memarahi duta tersebut di atas keganasan Israel ke atas Gaza. Akibatnya kesemua 11 orang penuntut didapati bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh kerana menggangu ucapan duta tersebut. Mereka dikenakan denda sebanyak 56 jam khidmat masyarakat dan dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun. Peristiwa 11 orang penuntut muslim di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat yang menggunakan kebebasan bersuara mereka untuk mengkritik dan memarahi duta Israel disebabkan oleh jenayah perang Israel di Gaza dikenali sebagai “Irvine 11” [7]. 

Helen Thomas adalah seorang penulis dan juru-lapur yang paling lama berkhidmat di White House di Amerika Syarikat. Beliau telah mengeluarkan komen bahawa kaum Yahudi sepatutnya keluar dari wilayah Palestin dan kembali ke negara-negara asal mereka seperti Jerman dan Poland. Ramai diantara pegawai atasan di dalam pentadbiran Obama, pentadbiran Bush dan pentadbiran Clinton memberikan kenyataan bahawa Helen sepatutnya dipecat daripada jawatan beliau. Di atas tekanan yang dikenakan olehnya dari pelbagai pihak, maka Helen memohon maaf ke atas kenyataan beliau dan seterunsya meletak jawatan dari Rumah Putih [8, 9].

  1. WikiLeaks – Julian Assange dan Bradley Manning
Julian Assange adalah seorang juru-lapur, aktivis, penerbit dan juga merupakan penerbit kepada WikiLeaks, sebuah laman internet yang memaparkan dokumen-dokumen rahsia kerajaan. Beliau aktif memperjuangkan kebebasan berakhbar dan kebebasan berakhbar menerusi penyelidikan (investigative journalism). Beliau adalah seorang yang menggunakan kebebasannya untuk mencari dan mendapatkan kebenaran. Disebabkan tindak-tanduk beliau yang tidak disukai oleh imperialis Barat, maka segala macam tindakan telah dikenakan terhadap beliau. Beliau sedang meminta suaka politik di kedutaan Ecuador di Britain, dan kerajaan Britain telah mengugut mahu menceroboh kedutaan tersebut untuk menangkap beliau. Joe Biden, Naib Presiden AS mengatakan Assange adalah seorang pengganas berteknologi tinggi (hi-tech terrorist). Hillary Clinton pula mengatakan Assange telah menyerang dunia ini menerusi WikiLeaks beliau. Tom Flanagan, ahli kempen untuk Presiden Canada iaitu Stephen Harper, mahu Assange ditembak mati. Mike Huckabee, seorang ahli politik parti Republican di Amerika Syarikat juga mahukan Assange dibunuh. Seorang lagi ahli Republican iaitu Sarah Palin mahu Assange diburu seoerti anggota Al-Qaeda dan Taliban, yakni sampai beliau dapat dibunuh seperti Osama bin Ladin.

Bradley Manning adalh seorang askar Amerika Syarikat yang dihantarkan untuk bertugas di Irak telah ditangkap pada bulan Mei 2010 sebab telah menghantarkan dokumen perang kepada WikiLeaks, termasuklah video serangan udara oleh askar AS ke atas Baghdad pada 2007 dan Garani di Afghanistan pada 2009, yang mendedahkan ramai yang terkorban adalah orang awam yang tidak mempunyai apa-apa senjata. Termasuklah juga banyak dokumen yang berkaitan dengan perang AS di Irak dan Afghanistan. Beliau sekarang sedang ditahan dan diadili oleh mahkamah menghadapi 34 tuduhan yang boleh dipenjarakan sehingga 52 tahun.

Di sini idea kebebasan bersuara di Barat hanyalah suatu mitos. Ianya digunakan untuk menghina, menyerang dan menghasut mana-mana agama, ideologi yang Barat melihat sebagai musuh. Bukan itu sahaja, kebebasan tersebut digunakan untuk menghalang, menapis, menyunting dan menghapuskan kebenaran daripada disampaikan kepada orang ramai. Oleh itu umat Islam seharusnya janganlah ditipu dan tertarik kepada idea kebebasan ini.


Rujukan (diakses pada 17 September 2012)

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120917/lu_02/Kumpulan-anti-Islam-Jerman-mahu-siar-filem
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120917/dn_04/Kebebasan-bersuara-AS-tak-boleh-diterima
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120917/lu_05/Amerika-Syarikat-dan-kebebasan-menghina
  4. http://www.guardian.co.uk/world/2006/feb/21/thefarright.highereducation
  5. http://www.guardian.co.uk/world/2009/oct/26/british-bishop-holocaust-fine
  6. http://www.guardian.co.uk/world/2007/feb/16/historybooks.secondworldwar
  7. http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2011/09/201192493240548858.html
  8. http://www.bbc.co.uk/news/10259646
  9. http://www.mykhilafah.com/berita-global/2218-kebebasan-bersuara-hanyalah-sebuah-falsafah-di-barat