Saturday, February 14, 2015

Hudud boleh mengurangkan kadar jenayah



Hudud boleh mengurangkan kadar jenayah


Bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad membuat kenyataan bahawa negara yang melaksanakan hukum Hudud masih tidak dapat mengurangkan kadar jenayah. Dan kadar jenayah di negara yang majoritinya muslim seperti Pakistan, Nigeria and Sudan masih mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Beliau juga melanjutkan bahawa perlaksanaan Hudud di Makkah dan Madinah tidak boleh digunakan sebagai kayu-ukur tentang keberhasilan hukum tersebut untuk mengurangkan kadar jenayah.

Sebelum itu, bekas duta Negara, Datuk Noor Farida Ariffin mengatakan bahawa perlaksanaan Hudud akan menyebabkan pelaku jenayah seksual berkerumun ke Kelantan.

Dakwaan Tun Abdul Hamid Mohamad mengatakan perlaksanaan Hudud di Makkah dan Madinah tidak boleh digunakan sebagai kayu-ukur adalah dakwaan yang meleset. Sebabnya Madinah pernah menjadi ibukota Daulah Islam yang pertama yang ditubuhkan oleh Rasulullah (SAW) pada 623 Masehi dan juga ibukota Khulafah ar-Rashidiin yang berlangsung selama puluhan tahun, maka seseungguhnya Madinah pernah menjadi kota yang menguruskan polisi luar negara, perdagangan, sektor ekonomi dan pertanian. Pada zaman moden ini juga, bandar seperti Makkah dan Madinah dipenuhi oleh gedung-gedung perdagangan, bank-bank dan hotel-hotel, di mana manusia menjalankan kehidupan biasa seperti di bandar-bandar lain, dan bukan sahaja amal ibadah di dalam masjidil Haraam dan Nabawi. Juga belum ada lapuran penjenayah seksual berkerumun ke Brunei, ataupun bandar Makkah dan Madinah.


Statistik kadar jenayah pada 2014 sebenarnya menyangkal dakwaan kedua-dua individu tersebut.

10 negara yang mempunyai kadar jenayah yang tertinggi di dunia
1). USA
2). Canada
3). Germany
4). Poland
5). South Africa
6). Italy
7). Zambia
8). Uganda
9). Korea
10). Ethiopia

10 bandar di dunia yang paling merbahaya untuk diduduki
1). London (England)
2). Distrito Central (Honduras)
3). Birmingham (England)
4). Rio de Janerio (Brazil)
5). Ciudad Juarez (Mexico)
6). Mumbai (India)
7). Cape Town (SouthAfrica)
8). Florida (USA)
9). Caracas (Venezuela)
10). Chicago (USA)


10 negara yang mempunyai kadar kes bunuh yang tertinggi di dunia
1). USA
2). Belgium
3). South Africa
4). Italy
5). Japan
6). United Kingdom
7). France
8). Germany
9). Thailand
10). India

10 negara yang mempunyai kes rogol yang tertinggi di dunia
1). India
2). Spain
3). Israel
4). USA
5). Sweden
6). Belgium
7). Argentina
8). Germany
9). New Zealand
10). Poland

Di kesemua senarai tersebut, kadar jenayah yang paling tinggi adalah berada di negara-negara yang TIDAK melaksanakan hukum Hudud, dan bukannya di dalam negara yang melaksanakan hukum Hudud. Walaupun begitu, kami berpendapat, bahawa hukum yang mengaturkan manusia di dalam kehidupan masyarakat, seperti sistem ekonomi, sosial, hukuman termasuklah Hudud hanyalah dapat dilaksanakan secara efektif di dalam sistem Khilafah Islam, dan bukannya di dalam negara demokrasi liberal, di mana jurang kekayaan yang sangat tinggi dan sistem ekonomi yang berasaskan riba dan wang kertas.

No comments:

Post a Comment