Sebuah
kumpulan berhaluan kanan Jerman berhasrat menayangkan filem anti-Islam Innocence
of Muslims yang mencetuskan rusuhan di seluruh dunia di sini, kata satu
laporan semalam.
Bagaimanapun,
tiada tarikh dan lokasi yang tepat dimaklumkan bagi penayangan filem itu.
"Bagi
kami, ia merupakan satu jenis kesenian dan kebebasan bersuara,'' kata ketua
kumpulan Pro Deutschland, Manfred Rouhs kepada majalah berita mingguan, Der
Spiegel dalam edisi yang dikeluarkan hari ini.
Menteri
Dalam Negeri Jerman, Hans-Peter Friedrich memberitahu Der Spiegel bahawa
beliau akan menggunakan kuasa undang-undang yang ada pada bagi menghalang
kumpulan itu.
"Kumpulan
dan organisasi ini hanya mahu membangkitkan kemarahan masyarakat Islam
Jerman,'' katanya sambil menuduh Pro Deutschland 'sengaja mencurah minyak ke
dalam api' [1].
Di
sebalik itu, kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton
yang mendakwa negaranya tidak berupaya bertindak terhadap pihak yang
mencetuskan keganasan anti-Islam atas alasan kebebasan bersuara tidak boleh
diterima umat Islam di seluruh dunia.
Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembikinan filem Innocence of
Muslims itu bukan lagi tertakluk dalam konteks kebebasan bersuara tetapi
telah menyalahgunakan kebebasan tersebut untuk menghasilkan filem bertujuan
menghina agama Islam.
"Kebebasan
bersuara ada hadnya dan bukannya bermaksud kita boleh sesuka hati menghina,
memperlekeh dan membuat fitnah terhadap orang lain. Apatah lagi ia menghina ketokohan
Nabi Muhammad SAW dan Islam.
"Kebebasan
bersuara sepatutnya digunakan untuk melahirkan pandangan dan pendapat untuk
kebaikan dan bukannya memperlekehkan agama dan bangsa lain," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian
Bentong di sini semalam [2].
Inilah kebebasan
bagi Amerika Syarikat (AS). Malah kebebasan itu dilindungi. Katalah apa sahaja,
burukkan mana-mana negara atau hina agama sesiapa pun.
Kebebasan
untuk 'menghina, mengutuk, mengeji' itu dilindungi dalam Perlembagaan dan
undang-undang negara AS, kata Setiausaha Negara, Hillary Clinton.
Kata-kata
Clinton itu seolah-olah memberi imuniti kepada Nakoula Besseley Nakoula untuk
menerbit filem Innocence of Muslims yang menghina agama Islam dan Nabi
Muhammad S.A.W sehingga mencetuskan bantahan anti-Amerika di dunia Islam.
''Saya
tahu adalah sukar bagi sesetengah orang untuk memahami kenapa AS tidak boleh
menyekat video itu.
''Namun
jika kami mampu melakukannya, kami juga tidak boleh berbuat demikian kerana
kebebasan bersuara termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang AS,'' jelas
Clinton [3].
Democracy
ciptaan Barat yang terdiri sejak beratus-ratus tahun sebelum Islam diwahyukan
kepada Rasulullah (SAW) sememangnya menunjukkan kebebasan bersuara yang
dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Golongan tersebut yang memiliki segala
kelebihan dari segi media dan kewangan adalah bebas untuk memaki-hamun,
menghasut, menyerang dan turut menghasut orang lain untuk membenci dan
menyerang sesiapa yang mereka lihat sebagai musuh.
Berikut
adalah bukti-bukti tentang hipokrasi berkenaan kebebasan bersuara yang ada di
Barat:
- Peristiwa Holocaust.
Perisitwa
Holocaust adlaah peristiwa di mana dikatakan pembunuhan seramai 6 juta kaum
Yahudi telah dilakukan oleh Nazi Jerman pada Perang Dunia 2 di Eropah. Menafikan
peristiwa Holocaust adalah salah di sisi undang-undang di banyak negara seperti
di antaranya adalah Austria, Belgium, Czech Republic, France, Germany, Israel,
Lithuania, Poland, Romania, Slovakia dan Switzerland. Bukan tujuan kami untuk
membuktikan bahawa peristiwa ini tidak pernah berlaku. Tetapi hakikatnya adalah
beberapa orang yang mempersoalkan peristiwa tersebut telah dikenakan hukuman
berat. Di antaranya adalah David Irving, seorang ahil sejarah yang dimasukkan
ke dalam penjara di Austria selama 3 tahun sebab mempersoalkan peristiwa
tersebut [4].
Richard
Williamson, seorang paderi dari Britain dikenakan denda sebanyak Euro 12,000
keatas kesalahan di sebuah siaran TV di Sweden yang mengatakan bahawa tidak
lebih dari 300,000 orang Yahudi telah mati di dalam kem-kem tahanan Nazi semasa
Perang Dunia 2 [5].
Ernst
Zundel, seorang aktivis berhaluan kanan berbangsa Jerman tetapi menetap di
Canada, telah dipenjarakan selama 5 tahun di Jerman, setelah pihak mahkamah di
Jerman mendapati beliau bersalah kerana menafikan peristiwa Holocaust. Media
penerbitan Zundel iaitu Samisdat Publishers bertanggungjawab ke atas
penerbitan buku yang bertajuk “Did six million really die?” oleh pengarang Richard Harwood
yang mempersoalkan adakah benar bahawa seramai 6 juta orang Yahudi dibunuh
semasa Perang Dunia 2 [6].
- Kritikan dan membongkarkan kejahatan Israel – Helen Thomas dan Irvine 11.
Duta Israel iaitu Michael Oren membuat lawatan rasmi
ke Amerika Syarikat dan beliau telah sempat memberikan ucapan di Universiti of
California di Irvine pada bulan Februari 2010, di mana ucapan beliau telah
diganggu oleh seramai 11 orang penuntut muslim yang memarahi duta tersebut di
atas keganasan Israel ke atas Gaza. Akibatnya kesemua 11 orang penuntut
didapati bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh kerana menggangu ucapan duta
tersebut. Mereka dikenakan denda sebanyak 56 jam khidmat masyarakat dan
dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun. Peristiwa 11 orang penuntut
muslim di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat yang menggunakan
kebebasan bersuara mereka untuk mengkritik dan memarahi duta Israel disebabkan
oleh jenayah perang Israel di Gaza dikenali sebagai “Irvine 11” [7].
Helen Thomas adalah seorang penulis dan juru-lapur
yang paling lama berkhidmat di White House di Amerika Syarikat. Beliau telah
mengeluarkan komen bahawa kaum Yahudi sepatutnya keluar dari wilayah Palestin
dan kembali ke negara-negara asal mereka seperti Jerman dan Poland. Ramai
diantara pegawai atasan di dalam pentadbiran Obama, pentadbiran Bush dan
pentadbiran Clinton memberikan kenyataan bahawa Helen sepatutnya dipecat
daripada jawatan beliau. Di atas tekanan yang dikenakan olehnya dari pelbagai
pihak, maka Helen memohon maaf ke atas kenyataan beliau dan seterunsya meletak
jawatan dari Rumah Putih [8, 9].
- WikiLeaks – Julian Assange dan Bradley Manning
Julian Assange adalah seorang juru-lapur, aktivis,
penerbit dan juga merupakan penerbit kepada WikiLeaks, sebuah laman internet
yang memaparkan dokumen-dokumen rahsia kerajaan. Beliau aktif memperjuangkan
kebebasan berakhbar dan kebebasan berakhbar menerusi penyelidikan
(investigative journalism). Beliau adalah seorang yang menggunakan kebebasannya
untuk mencari dan mendapatkan kebenaran. Disebabkan tindak-tanduk beliau yang
tidak disukai oleh imperialis Barat, maka segala macam tindakan telah dikenakan
terhadap beliau. Beliau sedang meminta suaka politik di kedutaan Ecuador di
Britain, dan kerajaan Britain telah mengugut mahu menceroboh kedutaan tersebut
untuk menangkap beliau. Joe Biden, Naib Presiden AS mengatakan Assange adalah
seorang pengganas berteknologi tinggi (hi-tech terrorist). Hillary Clinton pula
mengatakan Assange telah menyerang dunia ini menerusi WikiLeaks beliau. Tom
Flanagan, ahli kempen untuk Presiden Canada iaitu Stephen Harper, mahu Assange
ditembak mati. Mike Huckabee, seorang ahli politik parti
Republican di Amerika Syarikat juga mahukan Assange dibunuh. Seorang lagi ahli
Republican iaitu Sarah Palin mahu Assange diburu seoerti anggota Al-Qaeda dan
Taliban, yakni sampai beliau dapat dibunuh seperti Osama bin Ladin.
Bradley Manning adalh seorang askar Amerika Syarikat
yang dihantarkan untuk bertugas di Irak telah ditangkap pada bulan Mei 2010
sebab telah menghantarkan dokumen perang kepada WikiLeaks, termasuklah video
serangan udara oleh askar AS ke atas Baghdad pada 2007 dan Garani di
Afghanistan pada 2009, yang mendedahkan ramai yang terkorban adalah orang awam
yang tidak mempunyai apa-apa senjata. Termasuklah juga banyak dokumen yang
berkaitan dengan perang AS di Irak dan Afghanistan. Beliau sekarang sedang
ditahan dan diadili oleh mahkamah menghadapi 34 tuduhan yang boleh dipenjarakan
sehingga 52 tahun.
Di sini idea kebebasan bersuara di Barat hanyalah
suatu mitos. Ianya digunakan untuk menghina, menyerang dan menghasut mana-mana
agama, ideologi yang Barat melihat sebagai musuh. Bukan itu sahaja, kebebasan
tersebut digunakan untuk menghalang, menapis, menyunting dan menghapuskan
kebenaran daripada disampaikan kepada orang ramai. Oleh itu umat Islam
seharusnya janganlah ditipu dan tertarik kepada idea kebebasan ini.
Rujukan (diakses pada 17 September 2012)
- http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120917/lu_02/Kumpulan-anti-Islam-Jerman-mahu-siar-filem
- http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120917/dn_04/Kebebasan-bersuara-AS-tak-boleh-diterima
- http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120917/lu_05/Amerika-Syarikat-dan-kebebasan-menghina
- http://www.guardian.co.uk/world/2006/feb/21/thefarright.highereducation
- http://www.guardian.co.uk/world/2009/oct/26/british-bishop-holocaust-fine
- http://www.guardian.co.uk/world/2007/feb/16/historybooks.secondworldwar
- http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2011/09/201192493240548858.html
- http://www.bbc.co.uk/news/10259646
- http://www.mykhilafah.com/berita-global/2218-kebebasan-bersuara-hanyalah-sebuah-falsafah-di-barat