Hadis dari Aisyah ra,
“Bahawa Nabi (saw) telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi (saw) selama 9 tahun” [HR Bukhari].
Dalam riwayat lain disebutkan,
“Nabi (saw)menikahi Aisyah ra ketika Aisyah berumur 7 tahun dan Nabi (saw) berumah tangga dengan Aisyah ketika Aisyah umurnya 9 tahun” [HR Muslim].
“Bahawa Nabi (saw) telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi (saw) selama 9 tahun” [HR Bukhari].
Dalam riwayat lain disebutkan,
“Nabi (saw)menikahi Aisyah ra ketika Aisyah berumur 7 tahun dan Nabi (saw) berumah tangga dengan Aisyah ketika Aisyah umurnya 9 tahun” [HR Muslim].
Apabila seseorang sama ada lelaki ataupun
perempuan, mencapai umur baligh, maka ianya sudah menjadi orang dewasa, dan
bukan lagi kanak-kanak. Oleh itu tidak ada istilah “perkahwinan kanak-kanak”,
ataupun “perkahwinan kanak-kanak” adalah tidak relevan. Ini kerana Islam
memandang bahawa apabila seseorang telah baligh, tidak kira umur 7 atau 8
tahun, maka ia telah menjadi orang dewasa. Maka orang yang berkahwin adalah
orang dewasa. Ini berbeza dengan pandangan Barat yang memandang bahawa
seseorang telah menjadi dewasa apabila mencapai umur 18 tahun, walaupun telah
baligh beberapa tahun sebelum itu. Perkahwinan Siti Aishah dengan Rasulullah (saw)
telah diselewengkan oleh musuh-musuh Islam,khususnya sarjana Barat, untuk
menyerang keperibadian Rasulullah (saw), tanpa melihat kepada Hadis-Hadis dan
ayat al-Quran yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah. Dan juga serangan
tersebut ditujukan tanpa melihat kepada realiti dan keadaan yang terdapat di
masyarakat masing-masing pada zaman ini. Siti Aishah sebagai isteri Rasulullah
adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah, dan melapurkan banyak hadis
tentang kehidupan Rasulullah. Di antara hadis yang dilapurkan oleh Siti Aishah
adalah:
Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak
Rasulullah (saw). Aisyah menjawab, "Akhlak
Nabi (saw) adalah Al-Quran." (HR Muslim).
Yang bermaksud bahawa
Aishah adalah merujuk kepada ayat Quran yang menceritakan tentang akhlak
Rasulullah (saw):
“Sesungguh engkau (Muhammad)
memiliki budi pekerti yang agung! [TMQ Quran, al-Qalam[68]: 4]
Disebabkan Siti Aishah adalah orang yang
terdekat dengan Rasulullah, maka Siti Aishah juga dikenali sebagai Ummul
Mukminiin, dan merupakan ulama wanita yang pertama di dalam Islam.
Umur
baligh
Di dalam sejarah Islam, terdapat ramai
individu yang melakukan perkara-perkata yang luarbiasa apabila mencapai umur
baligh, yang pada umumnya tidak terdapat pada zaman ini. Contohnya Imam Shafie,
yang menjadi Qadhi mahkamah apabila umur beliau 8 tahun sahaja. Tetapi
sebaliknya orang-orang yang mempersoalkan umur Siti Aishah apabila beliau
berkahwin dengan Rasulullah, langsung tidak mempersoalkan Imam Shafie yang
menjadi Qadhi pada umur 8 tahun! Juga Muhammad al-Fatih yang membuka kota
Istanbul pada 1453, menjadi ketua angkatan tentera apabila umurnya hanya 12 tahun.
Juga Thaqiq bin Ziyad dan Muhammad bin Qasim yang membuka wilayah Sepanyol dan
Sindh kepada Islam juga berumur belasan tahun.
Masalah
kehamilan luar nikah remaja belasan tahun di negara Barat
Lapuran mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan
Britain mempunyai wanita remaja belasan tahun yang hamil luar nikah dan
melahirkan anak luar nikah, dan jumlahnya bertambah setiap tahun. Maka ini
tidak termasuk jumlah wanita remaja belasan tahun yang hamil luar nikah dan
menggugurkan kandungan mereka. Remaja wanita hamil luar nikah, seramai 52
daripada setiap 1000 berumur di antara 15 dan 19 di AS, menurut suatu lapuran
yang dikeluarkan oleh UNICEF Innocenti Research Centre di Itali. Lapuran dari
Office for National Statistics pada 2007, menunjukkan bahawa terdapat kemahilan
luar nikah remaja wanita sebanyak 41.9 daripada 1000, dari julat umur 15-17,
iaitu naik sebanyak 40.9 berbanding tahun sebelumnya, menurut suatu lapuran
dari BBC [2]. Dan lapuran dari
suratkhabar Guardian pada 26 Februari 2009 mengatakan bahawa kerajaan Britain
membelanjakan 20 juta pound untuk menyelesaikan masalah remaja wanita hamil
luar nikah [3]. Dilapurkan juga bahawa seramai 8,196 wanita di bawah umur 16
tahun hamil luar nikah pada tahun 2007. Lapuran itu juga menimbulkan kegusaran
tentang seorang pemuda 13 tahun yang menjadi ayah termuda apabila teman
wanitanya yang berumur 16 tahun hamil luar nikah pada tahun 2007. Dan di
Malaysia sendiri, sudah terdapat sekolah khas untuk pelajar yang hamil luar
nikah di Melaka yang di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),
menurut lapuran daripada Berita Harian pada 3 Ogos 2010 [4]. Maka musuh-musuh
Islam yang sendiri menyerang dan memburukkan perkahwinan Siti Aishah dengan
Rasulullah sendirinya tidak mempunyai apa-apa penyelesaian tentang masalah
ngeri dan kronik yang melanda negara mereka sendiri. Tetapi sebaliknya
menyeleweng dan membohongi peraturan-peraturan dan sistem kehidupan Islam yan
jelas dapat menyelesaikan masalah di dalam masyarakat.
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama
Islam) dengan mulut mereka (pembohongan dan penyelewengan melalui media cetak,
internet dll), sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan
cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ: at-Taubah 9:32]
"Sesungguhnya
orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan
menafkahkan harta itu, kemudian menjadi
sesalan bagi mereka, dan mereka akan di kalahkan.
Dan dalam neraka Jahannam, orang-orang kafir itu dikumpulkan. [TMQ: al-Anfal 8:36]
Rujukan:
[1] http//www.mykhilafah.com, SN212 – Kahwin
bawah umur: Apa masalahnya?
[2]
http://news.bbc.co.uk/go/pr/fr/-/2/hi/health/7911684.stm